IKATAN MANUKIkatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.
IKATAN BALAKIa digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang
SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.
IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
SIMPULAN TINDIH KASIH
- Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
- Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
- Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
- Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
- Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
IKATAN PENGAIL
- Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
- Ikatan ini kuat dan kukuh.
- Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
IKATAN SIMPUL MATI
- Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.
SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8
- Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
- Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal
- Lebih berguna kerana mudah dibuka.
FIGURE OF EIGHT ON A BIGHT
- Belay set up.
- Kerja menyelamat.
Comments
Post a Comment